Thursday, September 4, 2008

KADAR ZAKAT



kadar zakat bagi negeri negeri di malaysia


~Renungan~
Maksud Surah An Naml- Ayat 1 - 3

"Inilah ayat-ayat Quran, kitab yang memberi penjelasan sebagai petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Iaitu orang-orang yang mendirikan solat dan membayar zakat, serta yakin adanya hari akhirat."


Syarat-syarat Umum Wajib Membayar Zakat:
Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 4600 (bergantung kepada harga semasa emas).

Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

Niat Untuk Berniaga
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja





Mengapa Wajib Membayar Zakat?
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.



Firman Allah s.w.t.




Maksudnya :
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)."Surah At Taubah (103)




Sabda Rasulullah SAW:
(Hukum Zakat, Dr. Yusuf Qardawi, m/s 75)Maksudnya :

Saya mengarahkan memerangi manusia kecuali bila mereka mengucap dua kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat."

2 comments:

Epoi said...

Salam bro Raampage.....
Wa sokong sesangat apa yg lu...update benda2 Keagamaan dalam blog....lu..

Buat Blogers2 sumer...tak salah kirannya kita sama2 mengigatkan.....,
Kiranya ada apa2 jua cadangan atau apa2 topik yg rasa sesuai...bolehlah...kita sama2 bincangkan.....
Inshaallah...

Tq Bro Rampage..

Alhamdulilah Dj Epoi baru jer lepas buka posa.....Kenyang beb....?
Jom kita sama2 gi terawih jom...

DJ EPOI

rampage said...

tq Dj Epoi, marilah kita sama2 mengingati sesama insan