Friday, October 31, 2008

HARI PALING BAHAGIA

Ini adalah hari yang paling bahagia dalam hidup Rampage, anak sulung Rampage tetiba je ajak gunting rambut.


Aqil ni paling susah nak potong rambut, siap meronta2 kalau nak potong rambut dia. Tetapi pada hari ini tetiba je dia yang ajak gi potog rambut, diam plak tu bila tengah potong. ingat nak tiru bapak dia nak bela rambut panjang. Rupanya sangkaan Rampage meleset sama sekali. tak pasal2 Rampage pun potong rambut sekali.



PETUA

Petua Untuk Murah Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki , Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah S.A.W adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah S.A.W, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Sebagaimana kata Rasulullah S.A.W,"Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."Namun demikian tidak berarti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh maupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih. Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah S.A.W menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.".

Wallahualam..

p/s
*senyum itu sedekah....hehehe bukan kena bayar pun.


Wednesday, October 29, 2008

PERSAHABAT

1. Persahabatan adalah satu satunya pintu kebebasan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri sekali pun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Persahabatan yang jujur adalah salah satu tangga kenaikan.

2. Supaya beroleh sahabat, hendaklah diri sendiri layak buat disahabati orang.

3. Sahabat mu suka pada mu, tetapi tidaklah tiap tiap orang yang suka kepada mu itu adalah sahabat mu.

4. Kesenangan hidup mu adalah memperbanyak teman, tetapi bukti persahabatan yang setia ialah diwaktu kesukaran.

5. Yang semulia mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat mu sebelum dikatakan dan perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.

6. Kalau mempunyai banyak sahabat, janganlah jadi sahabat untuk seorang sahaja.

7. Kalau sahabat mu tertawa, hendaklah dikatakan apa sebab dia senang , kalau sahabat mu menangis, engkau mesti periksa apa sebab dia susah.

8. Jika engkau memberi sesuatu pada sahabat mu, bererti memberikan kepada diri mu sendiri.

9. Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya, hanya sahabat yang setia yang sanggup membuka matanya.

10. Teman yang 'berudang disebalik batu' adalah seumpama anjing ditepi jalan, yang ditujunya hanya tulang yang akan dilemparkan kepadanya, bukan tangan yang melemparkan tulang itu.

Monday, October 27, 2008

KING OF THE DAY

<==KLICK PICTURE FOR LARGE IMAGE

26hb. 10,2008 berlangsungnya majlis persandingan anak buah Rampage di Taman Mastiara, Jalan Ipoh. K.L



Sanak saudara dari jauh dan dekat termasuk juga jiran2 datang bergotong royong menjayakan majlis ini, terima kasih di ucapkan.


<==KLICK PICTURE FOR LARGE IMAGE
Krew2 yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.


<==KLICK PICTURE FOR LARGE IMAGE

Sedara mara dan rakan datang memeriahkan majlis.


<==KLICK PICTURE FOR LARGE IMAGE

Ketibaan penggantin disambut dengan acara pencak silat.

<==KLICK PICTURE FOR LARGE IMAGE

Dj Epoi datang tepat pada masanya untuk menambah keceriaan majlis dengan celoteh yg tak kering gusi ( u are the best kata....Krew2 Tmn Mastiara), tak ketinggalan Aris Ariwatan yg membantu Dj Epoi membuat sound check...(sebab dia akan menyampaikan satu dua lagu, atas permintaan Dj Epoi.)-untuk tempahan boleh hubungi Dj Epoi di (epoi8787@yahoo.com)<== ni gua kasi promote cikit.



Majlis berlangsung dengan cuaca yang baik sekali. Krew2 penanggah yang keletihan turut sama menyumbangkan lagu kepada para jemputan....pun termasuk Abg Aris .


<==KLICK PICTURE FOR LARGE IMAGE


all the Tmn Mastiara krew ,Mama shida(mak andam) & Abg Aris menghiburkan tetamu yang hadir.




Majlis diakhiri dengan tarian poco-poco oleh pasangan pengantin dan krew.



video


Sunday, October 26, 2008

RAJA SEHARI

Pada tanggal 25hb. 10,2008 Rampage telah membuat kenduri Aqiqah buat anak no.2 di rumah Kakak ipar Rampage bertampat di Taman Mastiara, Jalan Ipoh, K.L (bukan Ipoh mali punya aaa).




Kebetulan Pada petang itu ada majlis nikah anak buah Rampage di rumah tersebut.

Jadi Rampage telah mengaturkan majlis marhaban dan khatam Al-Quran buat bakal penggantin perempuan.




Majlis Khatam Al-Quran dan Marhaban

Terima Kasih Kepada Dj Epoi yang sudi datang bersama sahabat2 yang mengenali Rampage. Tambahan pula menu hari itu KAMBING masak kurma (Dj Epoi aku tau hang mimpi nak makan kambing masak kurma.....hehehe).



Dj Epoi tengah membalun Kambing Kurma. Suhaimi & Karim dok sedap makan tak perasan orang tangkap gambar.

Tahniah kepada kedua mempelai yang telah selamat disatu kan pada hari Sabtu (25hb. 10, 2008). Majlis pernikahan di adakan di rumah pengantin perempuan dan diakad kan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, iaitu En. Zamri bin Hj. Mohd Yusof.

Rombongan dari pihak lelaki



Bapa penggantin perempuan sedang mengakadkan penggantin lelaki.

ZZZZZAAAAAPPPPP dengan sekali lafaz jer penggantin lelaki telah sah menjadi KING for a day (raja sehari lah). Tahniah buat Mashailey bin Ali (Hery).


Adik beradik penggantin perempuan.

Disini juga Rampage bagi pihak En. Zamri bin Hj. Mohd Yusof ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu melancarkan majlis ini.

Friday, October 24, 2008

makan makan


Buat teman2 Rampage semua, di jemput hadir ke rumah kakak ipar Rampage hari sabtu ni 25.10.08 ader aqiqah anak gua yang no. 2. Bawak bini & anak2 sekali bagi yg dah berumah tangga.
menu utama:

kambing biri2 masak kurma.


Alamat:

No. 8, Jalan 6/18c, Tmn Mastiara, Batu 5 1/2, Jalan Ipoh, K.L


Sesiapa nak datang boleh call Rampage -0123252143.

*p/s:
*Aji ko nak datang tak....(makan pree)
*Hari Ahad 26.10.08 majlis kenduri di rumah ini juga teman2 semua di jemput hadir.

Thursday, October 23, 2008

tip

Ants Problem:
Keep the skin of cucumbers near the place or ant hole.
To get pure and clean ice:
Boil water first before freezing.
To make the mirror shine:
Clean with spirit.
To remove chewing gum from clothes:
Keep the cloth in the freezer for an hour.
To whiten white clothes:
Soak white clothes in hot water with a slice of lemon for 10 minutes.
To give a shine to hair:
Add one teaspoon of vinegar to hair, then wash hair.
To get maximum juice out of lemons:
Soak lemons in hot water for one hour, and then juice them.
To avoid smell of cabbage while cooking:
Keep a piece of bread on the cabbage in the vessel while cooking.
To rid the smell of fish from your hands:
Wash your hands with a little apple vinegar.
To avoid tears while cutting onions:
Chew gum.
To boil potatoes quickly:
Skin one potato from one side only before boiling.
To boil eggs quickly:
Add salt to the water and boil.
To check freshness of fish:
Put it in a bowl of cold water. If the fish floats, its fresh.
To check freshness of eggs:
Put the egg in water. If it becomes horizontal, its fresh. If it becomes slanting, its 3-4 days old. If it becomes vertical, its 10 days old. If it floats, its stale.
To remove ink from clothes:
Put toothpaste on the ink spots generously and let it dry completely, then wash.
To skin sweet potatoes quickly:
Soak in cold water immediately after boiling.
To get rid of mice or rats:
Sprinkle black pepper in places where you find mice or rats. They will run away.
To get rid of mosquitoes at night:
Keep leaves of mint near your bed or pillows and in around the room.

Ahli keluarga baru


Ahli baru dalam keluarga aku (Mohamad Arif Izry)



Mohamad Aqil Izry & Mohamad Arif Izry

Wednesday, October 22, 2008

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil




Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..

1.Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.
Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan. Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2.Tiada Pelan Pemasaran
Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos.Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap,konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3.Tidak mengenali pelanggan anda
Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaingakan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan,tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.

4.Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat
Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5.Tidak peduli tentang kakitangan
Salah satu cabaran yang paling sukarbagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!

6.Keliru tentang kemungkinan dengan realiti
Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7.Tiada pelan penjualan.
Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

8.Penyendiri
Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama.Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

9.Tiada'Mastermind'
Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang mempunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

10.Berputus Asa
Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.

Wahai kengkawan semua ni adalah tip daripada PUNB (perbadanan Usahawan Nasional Berhad) ketika mengikuti kursus perniagaan tahun lepas, ni saja je nak kongsi.

Wednesday, October 15, 2008

6 perkara yang Allah sembunyikan




Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal... "

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan... . ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.

kerana 20 sen iman hampir tergadai






Renung-renungkan dan selamat beramal...

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut."Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya."Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut."Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

SENARAI YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA

SENARAI YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA (beserta Raja Permaisuri Agong dan Tempoh Memerintah )