Sunday, October 26, 2008

RAJA SEHARI

Pada tanggal 25hb. 10,2008 Rampage telah membuat kenduri Aqiqah buat anak no.2 di rumah Kakak ipar Rampage bertampat di Taman Mastiara, Jalan Ipoh, K.L (bukan Ipoh mali punya aaa).




Kebetulan Pada petang itu ada majlis nikah anak buah Rampage di rumah tersebut.

Jadi Rampage telah mengaturkan majlis marhaban dan khatam Al-Quran buat bakal penggantin perempuan.




Majlis Khatam Al-Quran dan Marhaban

Terima Kasih Kepada Dj Epoi yang sudi datang bersama sahabat2 yang mengenali Rampage. Tambahan pula menu hari itu KAMBING masak kurma (Dj Epoi aku tau hang mimpi nak makan kambing masak kurma.....hehehe).



Dj Epoi tengah membalun Kambing Kurma. Suhaimi & Karim dok sedap makan tak perasan orang tangkap gambar.

Tahniah kepada kedua mempelai yang telah selamat disatu kan pada hari Sabtu (25hb. 10, 2008). Majlis pernikahan di adakan di rumah pengantin perempuan dan diakad kan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, iaitu En. Zamri bin Hj. Mohd Yusof.

Rombongan dari pihak lelaki



Bapa penggantin perempuan sedang mengakadkan penggantin lelaki.

ZZZZZAAAAAPPPPP dengan sekali lafaz jer penggantin lelaki telah sah menjadi KING for a day (raja sehari lah). Tahniah buat Mashailey bin Ali (Hery).


Adik beradik penggantin perempuan.

Disini juga Rampage bagi pihak En. Zamri bin Hj. Mohd Yusof ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu melancarkan majlis ini.

1 comment:

Dj Epoi said...

Salam...
Kambing tu mmg best....
Memang betul gua dah lama teringin nk makan Kambing Kurma...yg mamak nyer banyak...tapi tak sedap cam kenduri..punya...tq