Wednesday, May 6, 2009

HARI TERBAIK BUAT KU

Salam Blogger semua...

Hari ni...time Rampage balik keje, dah dekat kat umah...jam menunjukkan pukul 7.15pm, jalan yang mula2 tak berapa jem, tiba2 menjadi sesak....lagi +-600m sebelum simpang umah Rampage telah berlaku satu kemalangan moto.

Ingatkan mamat rempit...(dlm hati kecil berkata "padan muka merempit lagi"), setelah menghampiri tempat kejadian rupanya sangkaan Rampage silap...kemalangan itu melibatkan sepasang suami isteri + anak, yang lebih menyedihkan lagi ialah kerana si isteri sedang mengandung +-6 bln (pada anggaran Rampage).

Rampage dengan tiba2 jer.....membreak kan van yang di pandu terus berteriak "JOM NAIK, SAYA ANTA PERGI HOSPITAL", dalam keadaan panik + kesian.....zupppppppp Rampage memandu cam Ambulan, bukan aper cian tengok si anak yang meraung kesakitan, tapi sebelum bergerak tu Rampage sempat mintak kunci moto, beg tangan dll dalam raga moto tu.

Sampai di sepital terus Rampage gi kat unit kecemasan....attendan sepital tengah sebuk menolak stracher untuk membantu orang pertama sampai sebelum Rampage yg patah kaki jatuh tangga dan dalam keadaan separa sedar....selepas selasai orang pertama tu baru tiba giliran Rampage, dalam bilik menunggu kecemasan ramai pesakit yang sedang menunggu giliran,..... dalam hati Rampage berkata " sakit sikit mengaduh lebih" ini sebab Rampage ader terbaca muka depan akhbar kata doktor curi tulang baca paper & buat hal pribadi ramai pesakit tunggu di ruangan menunggu. Orang yang Rampage hantar teruns di beri rawatan tanpa menunggu giliran, kerana doktor akan mengutamakan pesakit yang betul2 dalam kecemasan.

Keadaan bapa tak seteruk si isteri yang terlibat dalam kemalanggan....cuma mengalami luka melecet di pipi, dahi dan beberapa anggota badan. Si anak (umur 3 tahun) pun tak teruk juga (mungkin di lindungi oleh para Malaikat) cuma melecet di dahi.

Sebak juga Rampage melihat keadaan si isteri tu kerana mengandung dan si anak yang asyik merengek kesakitan...(terkenang Aqil bila masuk sepital dulu).

Sebelum meninggalkan orang yang Rampage hantar ke sepital tu, sempat juga la bertanya nama dan no fon si suami tu kerana ada barang mereka dalam van, tak lupa gak bagi si suami kad Rampage untuk di hubungi. Pukul 8.45pm si suami call Rampage untuk mendapatkan bag tu sebab ader I.C bini dia dan MYKID anak dia...kebetulan Rampage baru nak gi pasar, jadi terus berkejar kembali ke sepital anta bag tu kat adik ipar si suami tadi....

Rampage doakan kesemua mereka dalam keadaan baik, termasuk bayi dalam kandungan si isteri tadi...amin

p/s: Rampage tak sampai hati nak ambil gambar mereka tu walaupun kamera berada di poket, keadaan si isteri amat kesian kerana beliau yang paling teruk.

Di khabarkan oleh adik ipar si suami mereka orang asli Gombak, kini menetap di Bukit Beruntung, baru pulang dari sepital HKL lepas buat medical checkup si isteri.

1 comment:

Dj Epoi said...

Salam....

Terimakasih diatas Komen Lu dan keluaraga.....

Moga Tuhan membalas jasa anda....

Gua tau Perangai Lu macammana.....

Tahniah weih!!!!!!!
Salam sama Liza