Wednesday, September 17, 2008

syoook berpantunn

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo toksey laju
Nanti rayo daley sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
~(org kolumpo jgn kocik ati!!)~

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang ..
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Soli Sabah & Serawak tak der

Monday, September 15, 2008

nujum pak belalang moden

Soalan 1

Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'


Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'


Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'


Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya...'


Soalan 2


Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PKR..??'


Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari itulah UMNO..'


Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'


Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'


Soalan 3


Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah,Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua... sedikit-sediiiiikit....!!! Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang,Apa itu..???'


Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'


Tukang Soal : 'Buktikan..!!'


Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara daribilangan ahli UMNO yang banyak itu...Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar danlihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'


Soalan 4


Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'


Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'


Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya..???'


Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'


Tukang Soal : 'Buktikan!!'


Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan Polis serta toyol dari Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan.. Tapi bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim,


Soalan Extra


Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang adadi genggaman beta...????'


Ahli Nujum Negara : '........... ISA !!!..'


Lagi Filem PRamlee kata UMNO Sarkis



di petik dari isu hangat.

Wednesday, September 10, 2008

lagu raya percuma from Rampage



ni preview dia.

klik sini untuk download lagu raya secara percuma.



p/s: Untuk kengkawan yang tak balik kampung sebab barjet tahun ni tak cukup, keta takde road tax, bini beranak, tiket bas, kertapi, kapal tebang, kapal laut Dll abis (sold out daaaa) jadi boleh lah mengurangkan tekanan dgn mendownload lagu raya yang Rampage sediakan.



p/s: bende ni pree jadi berkongsilah dgn kengkawan yg lain tapi dgn syarat, kena lah download sendiri.

Thursday, September 4, 2008

KADAR ZAKAT



kadar zakat bagi negeri negeri di malaysia


~Renungan~
Maksud Surah An Naml- Ayat 1 - 3

"Inilah ayat-ayat Quran, kitab yang memberi penjelasan sebagai petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Iaitu orang-orang yang mendirikan solat dan membayar zakat, serta yakin adanya hari akhirat."


Syarat-syarat Umum Wajib Membayar Zakat:
Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 4600 (bergantung kepada harga semasa emas).

Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

Niat Untuk Berniaga
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja





Mengapa Wajib Membayar Zakat?
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.



Firman Allah s.w.t.




Maksudnya :
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)."Surah At Taubah (103)




Sabda Rasulullah SAW:
(Hukum Zakat, Dr. Yusuf Qardawi, m/s 75)Maksudnya :

Saya mengarahkan memerangi manusia kecuali bila mereka mengucap dua kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat."

Tuesday, September 2, 2008

juadah bulan ramadhan



Esok bermulalah tahap kesebokan tahap gaban buat aku & family kerana kena menyiapkan juadah untuk berbuka buat semua orang islam yang berpuasa. (kena beli bukan free), tokey lembu pun jual lembu.

Tak lupa juga buat DJ Epoi yang sudi meminjamkan mesin tebu untuk business bulan ramadhan, Dj Epoi sanggup berkorban demi kengkawan yang mahu belajar berniaga kecil kecilan,dan memberi tip2 yang berguna untuk berniaga air tebu(1st time niaga air tebu ni)...kalu bab makanan tak de masalah, bab air2 ni memang kurang expert, nasib baik Dj Epoi ader...(bodek lah ni)....

Buat kengkawan yang berada di project manjalara jangan lupa singgah2 lah sebelum balik rawang, kang dahaga kat tengah jalan boleh rasa manis tak air tebu tu....hehehehe

p/s: posa tu kena lah jujur...jangan nak ponteng, kaum hawa boleh la...sebab ader cuti 1 minggu...tapi kena ganti gak lepas raya.
*kedai mamak buka pintu belakang, jangan pegi tapow plak.

Monday, September 1, 2008

JAPAN MP3

my dear friend
tomorrows way(WMA)
konoma made

bleach-arigato thank you
kiroro-best friends
kobukuro-aoku yasashiku
kobukuro-eientotomoni
kobukuro-koko ni shika sakanai hana
kobukuro-sakura
kobukuro-tsubomi
orange range-asterisk
orange range-hub star
orange range-matsuri danshaku
orange range-onegai senorita
orange range-summer
soul ja-feat
yui-its all right
yui-why
yui-love truth
yui-che.r.ry
yui-cross road
yui-feel my soul
yui-how crazy
yui-its happy line
yui-laugh away
yui-life
yui-my generation
yui-skyline
yui-tokyo
yui-tomorrows way
yui-why me

updated on 4/9/08
jam-jam night(wma)
sayonara
mousukoshi
zutto wasu renai
love call
aoi sora da ki shi te
rocking horse
ai no
carrot and whip
dou shi te
shadow of you
legend
special happiness
koi madea to suko shi
seven
fake
fed up
ari ga tou
kat-tun
akanishi jin-kimi wo omoutoki (live)
hat sukoi



terima kasih kepada awek malaysia(onnayuki) di jepun kerana berkongsi lagu2 mp3 jepun
arigato ho za imas(lemas) selamat posa kat tempat orang....
p/s: walaupun jauh di rantauan jangan lupa asal usul tempat lahir....posa tetap posa tau.