Kepada rakan2 blogger tegar...
Rampage baru balik dari dengar ceramah berkenaan cyber by AG GENESIS SDN BHD.
Ini aderlah MLM cyber business, peluang terbuka untuk 4800 orang sahaja, modal pinjaman disediakan oleh TEKUN NASIONAL (sebuah badan yg memberi pinjawan perniagaan dibawah pengawasan kerajaan).
Apa yg Rampage nampak, peluang untuk blogger2 yg duduk umah goyang kaki, baik masuk cyber business ni, sebab tempat terhad...dapat gak side income.
Dalam tahun depan they will start laying submarine cable (fiber optik) from Bandung to singapore, Malaysia last stage at Jakarta. Bandung will be their main frame (due to low cost)...for your info Bandung are Indonesia biggest network hub like Cyberjaya.
Bende ni dah lama dah, tapi sayang orang melayu kita ni malas nak dengar pasal MLM ni...kan...kan...kan. Rampage pon sama, banyak yg Rampage pergi dengar pasal dia orang punya strategi pemasaran satu pon Rampage tak conpiden, tapi kali ni lain cikit, lepas dengar jer interesting...coz tak perlu cari down line sampai puluh ribu untuk cari duit.
One more thing their been using own network line (coming soon on september 2009)...more faster than P1 WiMAX in Malaysia. (Baik punyer Promote ni..). Tak rugi kalu nak cuba ni.
Paling Rampage berminat ialah AG Meet -persidangan video complete with white board untuk conteng2 atau lukis aper2 jeeeee. AG Coach-tempat kita letak aper jer, pastu sapa yg tengok kita dapat income, tak macam youtube orang tengok tapi kita tak dapat aper2.
Ok lah sampai dicini jer dulu...Kalu berminat roger2 ok.
Rampage nak titon ni, esok ader meeting & seminar ISO whole day, kena jadi presenter plak...mentang2 la Rampage dari ISO componi(sunway) dia orang suruh jer...Nasib baik meterial dah ciap...kalu tak gerenti tgh gelabah ni....hehehehe
Showing posts with label berniaga. Show all posts
Showing posts with label berniaga. Show all posts
Wednesday, February 11, 2009
Wednesday, October 22, 2008
10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil
Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..
1.Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.
Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan. Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.
2.Tiada Pelan Pemasaran
Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos.Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap,konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.
3.Tidak mengenali pelanggan anda
Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaingakan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan,tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.
4.Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat
Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.
5.Tidak peduli tentang kakitangan
Salah satu cabaran yang paling sukarbagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!
6.Keliru tentang kemungkinan dengan realiti
Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.
7.Tiada pelan penjualan.
Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.
8.Penyendiri
Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama.Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.
9.Tiada'Mastermind'
Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang mempunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.
10.Berputus Asa
Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.
Wahai kengkawan semua ni adalah tip daripada PUNB (perbadanan Usahawan Nasional Berhad) ketika mengikuti kursus perniagaan tahun lepas, ni saja je nak kongsi.
Subscribe to:
Posts (Atom)