Monday, November 16, 2009

MAKHOSTIA HSE DAY part 2

To all blogger.. day 2 of Makhostia HSE day event:

Staring with registration of staffs & guests.. take a breakfast then ready for POCO - POCO
dance.


Poco2 dance lead by IPK Kajang staffs


All staffs of Makhostia bersemangat habis menari poco2 walau pon rentak berterabur...yelah kan awek polis kat depan.


Gambar kenangan IPK Kajang & Makhostia





Peserta2 treasure hunt sedang mendengar taklimat terakhir sebelum berlepas.


Tidak ketinggalan juga Pusat Darah Negara...menderma darah menyelamatkan nyawa orang lain.


Cabutan bertuah...heheheh kepada yg bertuah saja.


penyampaian hadiah untuk pemenang treasure hunt, best logo design dll.

Friday, November 13, 2009

MAKHOSTIA HSE DAY part 1

Salam to all blogger, Ari ni baru Rampage ader kesempatan untuk update blog yg dah dekat nak bekarat ni.

Nak berkongsi dengan semua pasal HSE (
Healthy Safety Enviroment) day yg pertama dianjurkan oleh satu2 nye syarikat Bumiputra yg menceburi bidang ni.

"Makhostia Sdn Bhd is a Bumiputra Company established in 2003 to undertake the business of providing services for the Operation and Maintenance of utility plants.

We are a "partner" to Petronas undertaking the operation and maintenance of their utility power plant producing chilled water for air conditioning to their customers."

"Makhostia Principles

1. Islamic Principles

Uphold the realization that “rahmat” comes Allah. All aspect of our work is for Him so that whatever we do becomes “ibadah”.

2. Leadership

Always obey your leaders. There are your leaders for a reason. Carry out their instruction for as long as it is not criminal, illegal or immoral. Honour them for as long as they not “zalim”

Practice the concept of "mesyuarah" to achieve the best possible decisions. Sometimes, Leaders have to make decisions without consultatation. Just ober them for they know best what good for everybody.

3. Team Work

Work as a Team with team objective more important than individual intention. The success of the organisation depends on the performance of the team, not any individual.

4. Passion for your machine"

Love you equipment. Treat them as if it is you loved one. The care for your equipment will ensure the perpetuity of your career, without them you are nothing. Our machines are our future.

5. Family Concept

Makhostia is your family. Respect your elders. Caring for one another. Ever ready to assist to improve our competency. Mutual respect amongst family members. Constantly reminding each other to avoid disasters.

6. Makhostia is your Home

Be proud of your workplace that you will not fell when visitors come to see your Plant. Ensure cleanliness of your Plant. Be a model to the Energy Sector Industry.

7. Enjoyable Working Environment.

Create an enjoyable working environment. A happy workforce is more productive. Remove all barriers to communication. Demolish all protocol and hierarchy in Makhostia. Respect the opinions of individual given to improve the organisation

8. Buddy Buddy System

A useful system not fully exploited in Makhostia especially for shift personnel who are away from Plant for long duration. A good communication tool to ensure information are always updated."- dipetik dari web DOO Makhostia, En Ishak Zakaria.


Gambar2 function di Makhostia Sdn Bhd Putrajaya.


persiapan untuk HSE day


1. sound check 123. 2. test mic 123 monitor pon ok gak. 3. Ir En. Abd Aziz menyampaikan kata kata aluan kepada tetamu dan VVIP yg hadir. 4. MC of the day En. Nazrul. 5. Lunching by Y.B Dato Ir. Dr. Johari Basri (TP DOSH MALAYSIA). 6. Kata2 pembukaan dan Perasmiaan oleh En. Hamid Sidek (CEO MAKHOSTIA)


Upacara menandatangani Plag dari MSB untuk 1500000 Safe Man Hours oleh En. Hamid sambil disaksikan Y.B Dato Ir. Dr. Johari Basri



Fire Safety talk by Bomba dan memberi penghargaan kepada kakitangan MSB.

*nantikan part 2.


Saturday, November 7, 2009

Nasi Lemak Rendang daging

Salam semua sahabat...
ingat nat buat project yg Dj Epoi recomentkan, jual cd lagu time bola malam ni....tetapi ader Order lah pulak kat Ampang.

Menu order ari ni:
Nasi lemak Kangkung, Rendang Daging, Rendang Kerang.


Rendang Daging masak menggunakan dapur kayu untuk mengekalkan keoriginality nyerrrrr.



Arif buat spot check kerja2 mengsiang kangkung



Cheff sedang mengsiang kangkung...hehehehe

Tuesday, October 27, 2009

MAJALAH E-BOOK

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah muat turun dengan klick pada gambar majalah tersebut....Adios,

Saturday, October 24, 2009

Kak Syabar@Kak Min open house

TAHNIAH...Rampage ucapkan...buat anggota keluarga Kak Min...semangat adik beradik yg bekerjasama dari mula hingga habis majlis open house....hehehehe


Dj Epoi & Kak Min @ Kak SYAbAR. (kakak kesayangan Dj Epoi)


Ayah tercinta sedang memberikan sepatah dua nasihat buat semua hadirin tak lupa juga mendoakan kesyukuran dan keberkatan keatas majlis ini.


Haaaaaa ni dia Cikgu kesayangan kakak kita....Cikgu Ismail (Y.Bhg. Dato' Ismail Abu Bakar, Pengerusi BN Baling) Kak Min dulu bersekolah di SRKTP


Dj Epoi dengan selambernyeeeeee memeriahkan lagi majlis dgn gurau senda sepontannye.


Tak lupa juga sambutan hari lahir putra Kak Min yg ketiga Adnin, Selamat menyambut hari lahir yang ke 11 tahun


Rakan sekerja Dj Epoi dan juga blogger... Bro Suhaimy ( yg tgh dukung anak) dan isteri tersayang


Tetamu yg hadir di majlis ini.


Sahabat sahabat turut memeriahkan lagi majlis ini





Perhhhhh cam kenduri khawin la plak



Crew-Crew keceriaan di majlis ini, di ketuai oleh Lanun Dj Epoi.


Crew-Crew keceriaan di majlis ini, di ketuai oleh Lanun Dj Epoi(yg duduk tengah).


Air tebu untuk Dj Epoi sorang tak cukup ni. Nak tambah lagi.


Bro Badar kena perah tebu untuk Dj Epoi.

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

PENGERTIAN PUASA


Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. (so kepada kengkawan semua jgn lah dengar azan terus berbuka....tengok jam dulu dah mahgrib ke blum)

PUASA WAJIB

Puasa di bulan Ramadhan
Puasa Kifarat
Puasa Nazar

PUASA SUNAT

Puasa enam hari pada bulan Syawal
Puasa hari Arafah
Puasa hari Asyura pada 10 Muharam
Puasa bulan Syaaban
Puasa Isnin dan Khamis
Puasa tengah bulan iaitu 13, 14, 15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun hijrah)

PUASA MAKRUH

Puasa yang terus menerus sepanjang masa
Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM

Puasa pada hari raya pertama Aidil Fitri
Puasa pada hari raya pertama Aidil Adha
Puasa tiga hari sesudah hari raya Aidil Adha atau hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

Niat

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

Lafaz niat puasa yang sempurna:

Maksudnya: "Sahaja aku puasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala"

Lafaz niat untuk sebulan:

Maksudnya: "Sahaja aku puasa sebulan kerana Allah Taala"



SYARAT WAJIB DAN SAH PUASA

SYARAT WAJIB PUASA

Berakal
Tidak wajib bagi orang yang hilang akal seperti gila dan pitam yang berpanjangan (pengsan)
Akhil Baligh (cukup umur)
Islam
Kuasa berpuasa
Dikecualikan orang sakit yang kurang mampu puasa, orang tua dan sebagainya


SYARAT SAH PUASA

Islam
Berakal
Suci daripada haid atau nifas
Niat
Imsak iaitu menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa

PERKARA-PERKARA SUNAT BAGI PUASA

Menyegerakan berbuka apabila masuk waktunya. Sunat berbuka dengan buah tamar

Makan sahur dan melambatkannya (sekurang-kurangnya sahur minum sedikit air)

Membaca doa semasa berbuka:

Maksudnya: "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang"

Memberi makan/minum kepada orang yang berpuasa.
Maksud Hadis: Sesiapa yang memberi makan/minum orang yang berpuasa ia akan mendapat ganjaran pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu.

Segera mandi junub sebelum terbit fajar

Melebihkan belanja untuk perbelanjaan rumah tangga tetapi dilarng berlebih-lebihan dan jika membawa kepada pembaziran hukumnya haram

Membaca Al-Quran/Hadis, kitab-kitab dan buku yang mengandungi pelajaran

Beriktikaf di masjid


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATAL PUASA

Perkara yang membatalkan puasa:

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga (mulut,dubur/qubul)
Muntah dengan sengaja
Keluar mani dengan sengaja
Bersetubuh dengan sengaja
Berbuka sebelum sampai waktu
Murtad
Datang haid atau nifas
Bersalin

Makruh semasa berpuasa

Bersugi/memberus gigi selepas gelincir matahari
Mencium, berpeluk/berdakapan secara berlebihan dengan isteri
Mencium bau-bauan samaada yang wangi atau busuk
Merasa makanan
Mengeluarkan darah seperti berbekam
Berlebihan berkumur-kumur

Orang yang diizinkan berbuka atau tidak berpuasa:

Orang yang sakit
Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km
Orang tua yang sudah lemah
Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATAL PUASA

Perkara yang membatalkan puasa:

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga (mulut,dubur/qubul)
Muntah dengan sengaja
Keluar mani dengan sengaja
Bersetubuh dengan sengaja
Berbuka sebelum sampai waktu
Murtad
Datang haid atau nifas
Bersalin

Makruh semasa berpuasa

Bersugi/memberus gigi selepas gelincir matahari
Mencium, berpeluk/berdakapan secara berlebihan dengan isteri
Mencium bau-bauan samaada yang wangi atau busuk
Merasa makanan
Mengeluarkan darah seperti berbekam
Berlebihan berkumur-kumur

Orang yang diizinkan berbuka atau tidak berpuasa:

Orang yang sakit
Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km
Orang tua yang sudah lemah
Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak


FADHILAT PUASA

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


LAILATUL QADAR

Allah SWT memperuntukkan satu malam di bulan Ramadan malam penuh syahdu dan berkat. Malam yang ditunggu-tunggu oleh para Anbiya' dan para salihin yang tidak terdapat di bulan-bulan lain iaitu "Lailatul Qadar". Pada malam inilah Allah menurunkan Al-Quran.

Kita seharusnya menginginkan malam tersebut walau sekali seumur hidup tetapi malam itu tidak akan datang bergolek, hendaklah kita berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya kerana Lailatul Qadar menjanjikan:

Beramal pada malam tersebut akan mendapat ganjaran seperti beramal 1000 bulan atau lebih 83 tahun
Doa kita dikabulkan Allah SWT. Pintalah apa-apa yang munasabah untuk dunia dan akhirat, untuk diri, anak isteri dan ibu bapa serta sekalian muslimin muslimat

Ulama menyatakan amalan yang sebaik-baiknya kita lakukan di malam Lailatul Qadar (yakni menghidupkan malam tersebut) ialah:

Memohon ampun segala dosa yang terdahulu (Istigfar)
Mengerjakan solat-solat sunat dan solat Qada'
Membaca Al-Quran
Berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
Berdoa dan banyakkan membaca doa:

Maksudnya: "Ya Allah! Engkau yang Maha Pemaaf (Pengampun), kasih kepada kemaafan maka maafkan aku (ampun)"
Pada malam tersebut hendaklah solat Isyak berjemaah dan Subuhnya juga berjemaah

Menurut Imam Al-Ghazali: Lailatul Qadar berlaku pada mana-mana sepuluh malam terakhir iaitu pada malam-malam ganjil.

Jika awal puasa pada hari Ahad atau Rabu
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 29 Ramadan
Jika awal puasa pada hari Isnin
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 21 Ramadan
Jika awal puasa pada hari Selasa atau Jumaat
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 27 Ramadan
Jika awal puasa pada hari Khamis
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 25 Ramadan
Jika awal puasa pada hari Sabtu
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 23 Ramadan



*sumber pusat zakat*