Wednesday, November 12, 2008

TANDA TANDA STRESS

Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur....... ......... ......... .........



Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala...... ......... ......... .......


Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik..... ......... ......... .....


Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan. ......... ......... ......... ..


Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat....... .......... ......... ......... ......... .


Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat... ......... ......... .......


Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran terlalu sempit...... ......... ......... ......... ......... .

Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan. ......... ......... ......... ......... .....


Kesembilan: Boss sentiasa marah dengan anda......... ......... ......... ......... ......... ......


Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung... ......... ......... ......... ........


Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat...... ......... ......... ......... .....


Keduabelas: Anda sentiasa merasa diri tersepit..... ......... ......... ......... ......... ......... ...


Ketigabelas: Anda sentiasa merasa ke hadiran tetamu asing....... ......... ......... ......... ......... ......... .


Keempatbelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas....... ......... ....


Kelimabelas dan akhir:
ANDA SENTIASA MERASA...... .. KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT....... ..... SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH........ ......... ......... .HE...HE. ....HE... ..


p/s:
jangan marahhhhh aaaaa......nanti kena jual.

PANDUAN

Tahukah anda mengamal minum secawanair teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:

1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit... (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis yg membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan..

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di manadalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Sekian terima kasih....di sudahi wabillah hi taufik wal hidayah, wassalam .

Tuesday, November 11, 2008

ABOUT DRINKING WATER


  • One glass of water shuts down midnight hunger pangs for almost 100% of the dieters studied in a University study.



  • Lack of water is the #1 trigger of daytime fatigue.



  • Preliminary research indicates that�8-10 glasses of water a day could significantly ease back and joint pain for up to 80% of sufferers.



  • A mere 2% drop in body water can trigger fuzzy short-term memory, trouble with basic math, and difficulty focusing on the computer screen.



  • Drinking 5 glasses of water daily decreases the risk of colon cancer by 45%, plus it can slash the risk of breast cancer by 79%, and one is 50% less likely to develop bladder cancer.




Are you drinking the amount of water you should every day?





(No kidding, all of the above is true...)Of course, too much water may have strange side effects.

Tak percaya......lihat gambar di bawah.













p/s:
*jangan marah, Rampage pon terkena gak kat mail tadi.

Wednesday, November 5, 2008

POTATO MP3 (THAILAND SONGz)

Music is back from Thailand

Potato MP3

01 - คำตอบของหัวใจ - POTATO
02 - เพียงพอ - POTATO
03 - คนกลาง - POTATO
04 - ห้ามใจไม่ไหว - POTATO
05 - เข้าทาง - POTATO
06 - ฟังความข้างเดียว - POTATO
07 - ปล่อย - POTATO
08 - นี่แหละความเสียใจ - POTATO
09 - ถ้าพรุ่งนี้ฉันทำไม่ได้ - POTATO
10 - ชีวิตที่ขาดเธอ & Night Life - POTATO
11 - บันไดเสียง - POTATO

*p/s
-jangan tanya aku pasal tulisan tu, aku pon tak tau.
-tapi lagu2 dia best.
-nasib baik server upload dah o.k, kalu tak, taktau bila boleh letak lagu kat blog.

PENGETAHUAN AGAMA

Assalamualaikum,



Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.



Mandi wajib yg betulMandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.



Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.



Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini."Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.



Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.



Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.



Rukun mandi wajib ada 3 perkara.


  • Pertama, niat.

  • Kedua, menghilangkan najis di badan.

  • Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.


Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".


Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.


Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.


Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.


Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..Inilah yang rumitnya Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.


Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.


Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.


Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.


3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .


Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.


Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Panduan Tambahan



  • 1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

  • 2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

  • 3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

  • 4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

  • 5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

  • 6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

*p/ssst

-sori sebab lama tak update blog, repair n/book kena virus