~Kisah keluarga penipu~
Pada satu masa dulu yang tak tau bila ada la tinggal satu keluarga yang terdiri daripada 3 orang, bapak, emak dan anak lelaki mereka yang selalu saja rileks kerjanya. Adapun masalah sebenar mereka adalah mereka ini suka sangat bercakap bohong, malah boleh kata macam hobi pulak. Sehari kalau tak menipu memang terasa tak lengkap hidup. Memang tak lalu makanlah.
Maka pada satu hari, ditakdirkan isteri lelaki terbabit meninggal dunia. Mati tanpa sebab, tetiba jer. Maka beritahulah sibapa kepada anaknya."Kau pergilah bagitau kat Imam dan orang2 kampung berita sedih ini, untung untung ada orang boleh tolong.. aku tak boleh pergi sebab kaki aku sakit... "Si anak yang memang tau bapak dia menipu hanya mengangguk. Dia berlalu pergi.Setelah berita itu di sampaikan kpd orang kampung maka tiada seorang pun yang percaya akan berita yang disampaikan. Mana taknya itu bukan kali pertama berita semacam itu didengar. Maka pulanglah si anak dengan wajah yang hiba. Berita itu disampaikan kepada si ayah.Si bapak dengan wajah yang kesal akhirnya bersuara. "Aku ingat sudah sampai masanya kita berubah... tak boleh menipu lagilah. Pagi esok kau ikut aku, kita pergi ke lubuk kat hujung kampung sana, aku semalam bermimpi dan diberitahu bahawa sesapa yg nak buang sikap buruk, dia kenalah buktikan dengan terjun dan campakkan sifat buruk dia jauh ke dalam lubuk. Camna?"Si anak hanya mengangguk sahaja kerana tiada lah ia mampu menandingi skill menipu bapaknya yang memang luarbiasa itu.
Pagi keesokan harinya, setelah jenazah diuruskan, mereka bergerak ke lubuk misteri seperti yang dirancang.Setelah sampai berkata si bapak dalam hatinya. "Ini kalau aku terjun dulu ni mahu lemas dan hilang macam tu saja, ish bahaya ni... " Lalu dia bersuara, "Leman (nama anak dia ler)... kau terjun dulu biar aku berkawal, kat sini memang keras, org berpengalaman macam aku jer yg boleh mengawal keadaan dan keselamatan dgn baik".
Si anak tanpa membuang masa terus saja terjun ke dalam lubuk sambil si bapak menunggu. Seminit... Dua minit... tiga minit... Si bapa mengeluh. "Dah mati ke budak ni?. Lama betul... "Pada masa yang sama sebenarnya si anak sedang bertarung dengan nyawanya di bawah permukaan air. Sebaik sahaja terjun kakinya telah tersangkut di akar pokok dan dia tidak dapat menimbulkan dirinya kembali. Sudah tentulah setelah berlaku tarik menarik akhirnya dia berjaya lalu timbul di permukaan air."Apa yang kau buat lama sangat kat bawah tu?" tanya sibapak kehairanan. "Huh, mau nya tak lama pak, kat bawah tu macam2 ada, pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan. Semuanya free belaka. Ada nasi goreng, roti canai, Kenny Rogers dan macam macam lagi. Kalau tak teringatkan bapak sorang sorang kat sini saya ingat dah tak nak naik lagi dah.."jelas anaknya dengan penuh penghayatan.
Cerita si anak tadi telah menyebabkan asid di dalam perut dibapak tadi mengeleggak. "Dari semalam tak makan, ini kira best giler dah ni, baik aku terjun.."nekad si bapak. Dush... si bapak tadi terjun ke dlm lubuk kepala dulu dengan kecepatan yang tak boleh dijelaskan. Kepalanya terhantuk dengan batu dan berdarah teruk. Tak sampai seminit dia timbul kembali. Si anak bertanya, "Bapak, apa yang telah berlaku?" Bapak dengan selamba menjawab"Tu la hang, lain kali kalau nak makan bayar laa.. tak pasal2 aku kena belasah sebab hang makan dan minum pas tu tak bayar... "
Dipetik daripada isuhangat blog
No comments:
Post a Comment