Sunday, February 27, 2011

FUNCTION @ PUTRAJAYA, KBS AUTOSHOW 2011



Lokasi : Putrajaya
Tarikh : 26/02/2011

Alhamdulillah, Function berjalan dengan jayanya..walaupun pada mulanya panas terik...tetiba jer hujan turun dengan lebatnya.

KBS Autoshow dianjurkan oleh MUSC Motorsports dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan. Di rasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (P) Datuk Jalil bin Salleh.









Van idaman untuk dijadikan tranport Zipul Audio Karaoke System...retro beb.






Dj Epoi bergambar dengan Datuk Jamil






Awek yang bernama SEPET...(nama manja)









psssttt: Nantikan gua & Dj Epoi di cyberjaya untuk perlumbaan Drag Race, berlokasi di Persiaran Selatan Cyberjaya....jumpa kami di sana.

Friday, February 25, 2011

FUNCTION MAJLIS PERASMIAN DAN SIDANG MEDIA MUSC DRAG CHALLENGE 2011

Lokasi : Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya
Tarikh : 24/02/2011



Tahniah diucapkan kepada Dj Epoi & Crew, kerana berjaya melancarkan lagi Majlis Perasmian & Sidang Media untuk MUSC Drag Challenger 2011 dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan .

Majlis Pelancaran Program Pemotoran 1 Belia 1 Malaysia telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (P) Datuk Jamil bin Salleh di Menara KBS.


Program MUSC Drag Challenge merupakan program sukan “sprint test @ drag racing “ yang pertama di Malaysia yang
menggunakan system “Professional Drag Racing Timing, Software & Sensors” sepenuhnya,

Antara objektif program ini ialah memberi kesedaran kepada komuniti belia mengenai keburukan berlumba haram khususnya remaja di samping untuk membina modal insan di kalangan belia.

Program ini turut melibatkan IPD Sepang (PDRM), Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Jadual pusingan perlumbaan akan bermula dari awal bulan
Mac dan akan berakhir pada akhir Disember tahun ini dan ia akan diadakan di Persiaran Selatan (Bukit Damar),
Cyberjaya.


Datuk Jamil bin Salleh


Dari kiri : Joe Rampage, Aleem Ahmad, Saiful Anuar