Lokasi : Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya
Tarikh : 24/02/2011
Tahniah diucapkan kepada Dj Epoi & Crew, kerana berjaya melancarkan lagi Majlis Perasmian & Sidang Media untuk MUSC Drag Challenger 2011 dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan .
Majlis Pelancaran Program Pemotoran 1 Belia 1 Malaysia telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (P) Datuk Jamil bin Salleh di Menara KBS.
Program MUSC Drag Challenge merupakan program sukan “sprint test @ drag racing “ yang pertama di Malaysia yang menggunakan system “Professional Drag Racing Timing, Software & Sensors” sepenuhnya,
Antara objektif program ini ialah memberi kesedaran kepada komuniti belia mengenai keburukan berlumba haram khususnya remaja di samping untuk membina modal insan di kalangan belia.
Program ini turut melibatkan IPD Sepang (PDRM), Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).
Jadual pusingan perlumbaan akan bermula dari awal bulan Mac dan akan berakhir pada akhir Disember tahun ini dan ia akan diadakan di Persiaran Selatan (Bukit Damar), Cyberjaya.
Datuk Jamil bin Salleh
Dari kiri : Joe Rampage, Aleem Ahmad, Saiful Anuar
No comments:
Post a Comment